YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI MALAYSIA (YPEM)

Yayasan YPEM adalah sebuah NGO Ekonomi Islam di Malaysia; No. Pendaftaran: PPAB-36/2014. Kelulusan operasi berkuatkuasa pada 31hb Oktober 2014 DiPerbadanankan di bawah Akta Pemegang Amanah Pemerbadanan 1952.

RAKYAT MALAYSIA DIKASIHI, ATAS DASAR KASIH DAN SAYANG, DISERU & DIHARGAI MARI KITA BERSAMA-SAMA BERINFAQ ATAS LAFAZ KEBAJIKAN BAGI IBU & AYAH, MOGA BANGUNAN DAN AKTIVITI PUSAT ISLAM YAYASAN YPEM AKAN MENJADI SAKSI AMAL KEBAJIKAN ISLAM UNTUK IBU & AYAH DI AKHIRAT.


PROGRAM-PROGRAM YANG DISEDIAKAN OLEH YAYASAN YPEM
UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Card image cap Card image cap

Untuk Warga Malaysia 55 tahun +++ Bersama Pasangan / Sahabat Disediakan Penginapan dan Bimbingan Islam PERCUMA 5 HARI

Alhamdulillah Rahmat dan Kurnia daripada Allah SWT. Bermula dari 1hb September 2023, pihak Yayasan YPEM menawarkan penginapan dan pengajian Islam PERCUMA (one-off) kepada seluruh warga Islam rakyat Malaysia yang berusia 55 tahun dan ke atas. Tawaran adalah BERSYARAT wajib ada pasangan atau sahabat yang bersungguh-sungguh mahu belajar. Peserta akan disediakan sebuah bilik apartment PERCUMA untuk dua orang yang lengkap berperabut dan berhawa dingin; dan disediakan pengajian Islam PERCUMA untuk tempoh 5 hari secara berterusan. Program ditawarkan secara berterusan kepada rakyat Malaysia pada setiap minggu, bermula pada hari Ahad dan berakhir pada hari Khamis. (Check-in hari Sabtu, Check-out pada hari Jumaat). Semua kos penginapan dan pengajian (RM800 untuk 2 orang) adalah dibawah tanggungan pihak Yayasan YPEM. Pengajian Islam yang disediakan adalah serba lengkap iaitu bimbingan bacaan al-Quran dari asas secara bertajwid, pengajian feqah, Sirah Nabi, Hadith dan Tauhid oleh para tenaga pengajar bertauliah Negeri Perak.
TERMA & SYARAT: Tawaran adalah BERSYARAT, peserta 55 tahun ++ wajib ada pasangan atau sahabat. Deposit RM250 untuk jaminan kerosakan & kebersihan bilik apartment.
Pendaftaran: Mohon WhatsApp nama, umur dan tarikh pengajian diminta ke 014-3226557.
Card image cap Card image cap

PUSAT PALIATIF YAYASAN YPEM

Lebih dari 100,000 pesakit tenat dan meninggal setiap tahun di Malaysia. Mereka amat memerlukan penjagaan paliatif. Rujukan Sinar Harian 22 September 2022. Pesakit dibawah PENJAGAAN paliatif adalah pesakit kronik setelah tiada lagi rawatan sainstifik mampu dilakukan untuk pesakit. Pusat Paliatif Yayasan YPEM. Menyediakan tempat penjagaan, keperluan diri dan makanan PERCUMA kepada semua pesakit. Pesakit akan cuba dirawat dalam suasana keselesaan fizikal dan keceriaan psikologi berasaskan al-Quran. 200 buah bilik (studio 330m2) sudah tersedia ada disediakan.
Penjagaan Pesakit Paliatif di Pusat Paliatif Yayasan YPEM
  • Pusat Paliatif Di Yayasan YPEM digerakkan atas visi dan misi: melindungi hidup dan mati pesakit dalam Iman, Islam dan Ihsan.
  • Fokas Penjagaan di Pusat Paliatif Yayasan YPEM:
    1. Mengurangkan beban kesakitan fizikal.
    2. Disantun dan disampaikan rasa dikasihi dan disayangi.
    3. Merawat fizikal berasaskan ayat-ayat Syifa al-Quran.
    4. Melindungi mereka dengan bacaan Surah Yasin [oleh para Ustaz, para pelajar Tahfiz dan para waris yang melawati].
    5. Mengembirakan pesakit dengan kebahagian alam Syurga yang tersedia menanti mereka [disampaikan keterangan janji-janji Allah di dalam al-Quran; dan disampaikan keterangan Nabi Muhammad SAW melalui Hadithnya].
    6. Membimbing para pesakit berSyahadah pada saat Syakaratul Maut.
TERMA & SYARAT: Tawaran adalah BERSYARAT, pesakit wajib ada surat pengesahan daripada Hospital. Hanya pesakit pada tahap kritikal sahaja yang akan diterima. Semua waris WAJIB menemani dan tinggal dibilik disediakan bersama pesakit; dan WAJIB bersama para Ustaz Yayasan YPEM membaca ayat-ayat perawatan dan perlindungan dari al-Quran secara bersama-sama. Moga pemergiaan pesakit berSyahadah Husnul khatimah.
Card image cap Card image cap

Khidmat Perundingan Strategi Pemasaran Berasaskan Islam

Tanda-tanda perlunya bimbingan Muamalat Islam adalah apabila graf prestasi syarikat seperti gambar di atas.
Yayasan YPEM akan memberi khidmat perundingan strategi pemasaran; untuk membangunkan ekonomi rakyat Malaysia dalam semua sektor ekonomi. Peranan dan keseluruhan aktiviti Yayasan YPEM adalah untuk maningkatkan ekonomi seluruh rakyat Malaysia. Yayasan YPEM akan membantu membangunkan ekonomi rakyat Malaysia dalam bentuk kepelbagaian strategi pemasaran mengikut situasi pergerakan aktiviti ekonomi semasa. Khidmat nasihat adalah Berkonsepkan Ekonomi Muamalat Islam. Khidmat nasihat diberikan PERCUMA kepada golongan Fakir dan Miskin. Untuk syarikat dan korporat adalah dikenakan bayaran berasaskan perjanjian akad Mudharabah.
Hubungi kami:
YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI MALAYSIA
PEJABAT KHIDMAT PELANGGAN
MASJID NEGARA, JALAN PERDANA, 50480 KUALA LUMPUR
Tel: 014 – 3226557 E-Mail: ypem.asia@gmail.com
PUSAT OPERASI
BANGUNAN YPEM PALM VIEW, BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT, 34400 PERAK
Tel: 05 – 8900112 & 05 - 8900172
E-Mail: ypem.asia@gmail.com
Mydin
Pakej Infaq untuk pengajian tetap di Yayasan YPEM.
Pakej ini ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang mahu pengajian berterusan seumur hayat.
Mydin