Pusat Islam Muallaf YPEM
Pusat ini diwujudkan khas secara khusus oleh Yayasan YPEM untuk Saudara Baru (Muallaf) yang ingin mendalami Agama Islam secara kemas dan terpeinci.
Lokasi pertama adalah di Bangunan YPEM, Bukit Merah Laketown Resort. Pusat ini akan mula beroperasi pada 1hb April 2026. Penginapan dan pengajian
disediakan PERCUMA untuk seluruh Muallaf dari seluruh Malaysia. InsyaAllah, cawangan-cawangan baru akan dibuka di setiap negeri di seluruh Malaysia.
Objektif Pusat Islam Muallaf ini diwujudkan adalah untuk menyambut Saudara Baru Islam dengan keilmuan Islam berfokaskan:
- Mengukuhkan Rukun Iman - Pengajian Usuluddin
- Menyempurnakan Rukun Islam - Pengajian Feqah
- Mencantikkan bacaan al-Quran - Tajwid al-Quran
- MemBesarkan dan MenAgungkan Allah SWT - Ihsan
- Menyampaikan Nikmat Islam untuk semua - Ehsan
Lokasi
Pada masa ini, Pusat Islam Muallaf YPEM hanya ada di Pusat YPEM, Bukit Merah Laketown Resort, 34400 Semanggol, Perak. Yayasan YPEM sedang berusaha mewujudkan
Pusat Islam Muallaf di setiap Negeri di Seluruh Malaysia. InsyaAllah, atas izin Allah SWT.
Keilmuan di Pusat Islam Muallaf YPEM
Pusat ini menyediakan bimbingan ilmu Tauhid, Feqah dan Tajwid al-Quran dari peringkat pemula iaitu pengenalan ilmu yang paling asas. Keilmuan disampaikan
secara keterangan ilmiah dan praktikal. Keseluruhan pembelajaran dan bimbingan adalah untuk memastikan kesempurnaan seperti mana yang dituntut dan ditetapkan
oleh syariat Islam. Semua tenaga pembimbing di Yayasan YPEM adalah terdiri dari para Ilmuan yang memiliki ijazah pelbagai keilmuan Islam dari universiti di
Malaysia dan juga dari universiti luar negara yang diiktiraf oleh MQA (Malaysian Qualification Agency); dan juga telah diberikan tauliah untuk mengajar dan
membimbing oleh Jabatan Agama Islam Negeri.
Borang Daftar untuk Penyertaan Program Pusat Islam Muallaf YPEM
InsyaAllah, pada bulan March 2026, Google Form akan disediakan untu tujuan pendaftaran.
Segala sokongan dan kebaikan kerjasama daripada semua pihak yang berkongsi objektif menceriakan program-program Islam di Yayasan YPEM adalah sentiasa kami
dahului dengan ucapan hormat terima kasih.
Hormat daripada kami
Lembaga Pemegang Amanah
Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia