KRONOLOGI YAYASAN YPEM

  • 31 Oktober 2014


    Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YPEM) DiPerbadanankan di bawah Akta Pemegang Amanah Pemerbadanan 1952. Jabatan Perdana Menteri. No. Pendaftaran: PPAB-36/2014.

  • 29 April 2016


    Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) telah meluluskan buku resit kutipan bernilai RM30juta bagi tujuan pembinaan Tahfiz Darul Quran YPEM JARAU. No rujukan fail kelulusan adalah Bil (05)dlm.MAIPk/05-PD/409-AM. Rujukan permit (12)dlm.MAIPk/05-PD/409-AM.
  • 30 Jun 2016


    Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah meluluskan urusan Kebajikan (Sedekah/ wakaf) secara pemotongan gaji melalui Perkhidmatan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) bagi tujuan bina dan urus rangkaian Tahfiz Darul Quran YPEM di seluruh Malaysia. Rujukan: SKM.IP. (AM): 7964/58 JLD.11(16)
  • 25 Julai 2016


    Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia telah meluluskan kod kebenaran potongan gaji (No. Kod AL634) untuk urusan kebajikan (sedekah/wakaf) secara pemotongan gaji melalui Perkhidmatan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) bagi tujuan bina dan urus rangkaian Tahfiz Darul Quran YPEM di seluruh Malaysia. Rujukan: AKKM 1/3/10 (22) Jilid 3.

  • 7 Februari 2017


    Jabatan Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) meluluskan permohonan Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YPEM) untuk menggunakan perkhidmatan potongan gaji ANGKASA bagi warga pentadbiran Kementerian Pertahanan Malaysia; dan juga seluruh anggota tentera Kementerian Pertahanan Malaysia yang berhasrat ingin melakukan derma khairat atas niat kebajikan untuk Ibu dan Ayah; dalam projek-projek pembangunan dan perkembangan Islam yang ditadbir urus oleh Yayasan YPEM.
  • 15 Februari 2017


    Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia memberi kelulusan dan kebenaran kepada YPEM untuk memberi slot taklimat pendek kepada para guru di sekolah-sekolah semasa "sesi slot informasi untuk guru". Rujukan: KPM.600-10/22/6 Jld. 34 (15). Hampir semua JPN mengeluar surat kelulusan turutan setelah kekulusan KPM dirujuk.
  • 22 Mac 2017


    Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka meluluskan kebenaran untuk potongan gaji untuk tujuan derma khairat kebajikan Ibu Ayah bagi Para Penjawat Awam yang dibawah tadbir urus kerajaan negeri Melaka. Fail Rujukan PNM(G)0062JLD36(11). Kod kelulusan 1305.
  • 30 Mac 2017


    Sekretariat Markas Tentera Darat telah meluluskan permohonan Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YPEM) untuk memberi taklimat kesemua divisyen, Markas, Kem dan Unit-Unit Khas Tentera Darat Kementerian Pertahanan Malaysia. Isian taklimat adalah berfokaskan pada visi dan misi YPEM dalam mengerakkan perkembangan pendidikan Tahfiz Moden dan pembangunan Infrstruktur Islam di Malaysia. Taklimat juga bertujuan untuk menjemput seluruh warga Anggota Tentera Darat moga dapat bersama-sama berganding bahu membangunkan Islam. Bersama dan membantu dalam ertikata tenaga sukarelawan, dan juga sumbangan kewangan [atas niat derma khairat kebajikan untuk Ibu Ayah] secara potongan gaji ANGKASA. Fail Rujukan MK TD/G-SEK.100-3/3/2.
  • 12 April 2017


    Pejabat Kewangan Negeri, Negeri Sembilan meluluskan kebenaran untuk potongan gaji untuk tujuan derma khairat kebajikan Ibu Ayah bagi Para Penjawat Awam yang dibawah tadbir urus kerajaan negeri Negeri Sembilan. Fail Rujukan P.Kw.N.N/S (349) 665/6 Klt.4 (74) Kod kelulusan 5001.
  • 18 April 2017


    Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis DiRaja Malaysia, Bukit Aman di bawah pengetahuan YDH IGP Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara. YDH Ketua Polis Negara telah memberikan persetujuan berhubung perlaksanaan program yang diusahakan oleh Yayasan YPEM.

    Pihak Yayasan telah dibenarkan untuk berurusan secara terus dengan pihak Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM di Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Briged, Farmasi dan Ibu Pejabat Polis Daerah bagi perlaksanaan Program (berbentuk taklimat) Isian taklimat adalah berfokaskan pada visi dan misi YPEM dalam mengerakkan perkembangan pendidikan Tahfiz Moden dan pembangunan Infrstruktur Islam di Malaysia. Taklimat juga bertujuan untuk menjemput seluruh warga Anggota PDRM moga dapat bersama-sama berganding bahu membangunkan Islam. Bersama dan membantu dalam ertikata tenaga sukarelawan, dan juga sumbangan kewangan [atas niat derma khairat kebajikan untuk Ibu dan Ayah] secara potongan gaji ANGKASA. Fail Rujukan KPN (PR) 10/5/69.
  • 20 April 2017


    Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah meluluskan kebenaran untuk potongan gaji untuk tujuan derma khairat kebajikan Ibu Ayah bagi Para Penjawat Awam yang dibawah tadbir urus kerajaan Negeri Kedah. Fail Rujukan PBN(K)007/1/ 2010Sj.1(59). Kod kelulusan 4067
  • 2 Mei 2017


    Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan (MAIPk) meluluskan sambungan kutipan Derma Khairat sejumlah RM29,932,720.00 untuk tempoh hingga 31 Disember 2017.

  • 28 Mac 2018


    Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengeluarkan surat sokongan agar Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia diberikan kemudahan Perlepasan Cukai atas sumbangan yang diberikan kepada pihak Yayasan.
  • 19 April 2018


    Ketua Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat mengeluarkan surat sokongan agar Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia diberikan kemudahan Perlepasan Cukai atas sumbangan yang diberikan kepada pihak Yayasan.
  • 17 Mei 2018


    Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan surat sokongan agar Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia diberikan kemudahan Perlepasan Cukai atas sumbangan yang diberikan kepada pihak Yayasan.
  • 5 Jun 2018


    Pertukaran Status tanah tapak Tahfiz daripada status 'Tanah Kampung' kepada status 'Pusat Pendidikan dan Latihan' telah diluluskan oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak. Surat kelulusan telah dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar.

  • 20 Feb 2019


    Kolabrasi dengan Bank Simpanan Nasional (BSN). Ibu pejabat BSN telah meluluskan kutipan Waqaf untuk YPEM di seluruh Bank BSN dan di seluruh premis Agent BSN di Seluruh Malaysia. Operasi bermula 8hb April 2019.
  • 13 Mac 2019


    Kolabrasi dengan Mydin Mohamed Holdings Berhad. Alhamdulillah telah diluluskan oleh pihak pengurusan tertinggi Mydin untuk semua premis Mydin di Malaysia. Operasi bermula dalam bulan April 2019.
  • 15 Mac 2019


    Kolabrasi dengan Bank Islam Malaysia Berhad. Alhamdulillah telah diluluskan untuk operasi di seluruh Malaysia. Operasi bermula dalam bulan April 2019.
  • 15 Mac 2019


    Kolabrasi dengan Bank Islam Malaysia Berhad. Alhamdulillah telah diluluskan untuk operasi di seluruh Malaysia. Operasi bermula dalam bulan April 2019.
  • Ogos 2019


    Bank Islam Malaysia Berhad meluluskan kemudahan Auto Debit. Alhamdulillah telah diluluskan untuk operasi di seluruh Malaysia.
  • Sept 2019

    Bekerjasama dengan Segi Objektif (M) Sdn Bhd (Subsidiari MK Land Berhad) untuk mewujudkan Pusat Tajwid Al-Quran Terbesar di Malaysia.
  • Dis 2019


    Bekerjasama dengan UMW Toyota Sdn Bhd. Yayasan YPEM melancar program pembelian 160 Van Jenazah Toyota untuk meringankan kos penghantaran jenazah dari seluruh hospital besar & daerah ke lokasai tempat pengkebumian.

  • Feb 2020

    Bekerjasama dengan Konsortium Bas Transnasional Berhad . YPEM menjadi agen khas bagi Chartered Bas di seluruh Semenanjung Malaysia. InsyaAllah mula beroperasi aktif sepenuhnya pada bulan Julai 2021.
  • Nov 2020


    Kutipan dana sedeqah dan infaq diluluskan oleh T & G Digital Sdn Bhd dengan kepenggunaan aplikasi E-Wallet.

  • Feb 2021

    Yayasan mewujudkan Pusat Pengajian Pondok Moden beroperasi sepenuhnya di Blok B, Blok C, Blok D YPEM dan Blok E di Palm View Serviced Apartment Building, Bukit Merah Laketown. YPEM menyediakan kemudahan 300 bilik apartment untuk penginapan serba lengkap.
  • Feb 2021


    Yayasan memperkenalkan program Cinta alQuran untuk rakyat Malaysia. Dua kios sedeqah al-Quran dibuka iaitu di MYDIN Jengka dan MYDIN Parit Buntar. Wang sedeqah adalah untuk merendahkan harga transaksi al-Quran. Ini membolehkan umat Islam Malaysia yang tidak mampu membeli al-Quran bersaiz BESAR akan dapat membeli pada harga rendah.
  • Nov 2021

    Program 1 Malaysia Semua Bangsa, Agama & Kaum

    Yayasan YPEM menawarkan perkhidmatan Perundingan Perniagaan PERCUMA berterusan kepada seluruh Rakyat Malaysia melalui Agensiagensi kerajaan: MARA, UDA Holdings; SME Corp Malaysia; SME Bank; Bank Rakyat; SMIDEC, TEKUN Nasional; Perbadanan Nasional Berhad (PNS); Perbadanan Nasional Berhad (PNS), FELCRA, RISDA dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). Program di sediakan di Ibu Pejabat Yayasan YPEM di Bukit Merah Laketown Resort. Program dikekalkan dan berterusan.

  • Ogos 2022

    Program 1 Malaysia

    Yayasan YPEM mewujudkan Program berterusan Pertandingan bacaan al-Fatihah bulanan dan tahunan bagi seluruh Rakyat Malaysia. Hadiah bulanan disediakan pada setiap bulan. Pertandingan Akhir pada setiap bulan September pada setiap tahun. Objektif Bimbingan bacaan al-Quran seluruh Malaysia. Program dikekalkan dan berterusan.
  • Disember 2022

    Program 1 Malaysia

    Yayasan YPEM menawarkan penginapan dan pengajian Islam PERCUMA 6 hari 5 malam kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 55 tahun dan keatas. Objektif utama ialah Bimbingan bacaan al-Quran dan pengajian Islam intensif untuk seluruh umat Islam di Malaysia. Penawaran program adalah berterusan.

  • Julai 2023


    Yayasan YPEM menerima agihan zakat daripada MAIWP Kuala Lumpur atas kategori Asnaf Al-Gharimin untuk menyokong & merealisasikan program PALIATIF di Yayasan YPEM. Banyak peralatan seperti katil, tilam khas untuk pesakit paliatif beserta Van ambulan telah dibeli untuk melengkapkan keperluan bagi pesakit paliatif di Yayasan YPEM Bukit Merah Laketown Resort.
  • Ogos 2023

    Program 1 Malaysia Semua Bangsa, Agama & Kaum

    Yayasan YPEM mewujudkan Pusat Paliatif Islam YPEM untuk seluruh Rakyat Malaysia tanpa mengira Bangsa, Agama dan Kaum. Rawatan dan Penjagaan disediakan PERCUMA untuk seluruh Rakyat Malaysia tanpa mengira Bangsa, Agama dan Kaum.
  • September 2023


    Yayasan YPEM membuka pejabat cawangan pertama di Masjid Negara Kuala Lumpur.

  • April 2024


    Yayasan YPEM membuka pejabat cawangan kedua di Pusat Perdagangan Worldwide, Shah Alam, Selangor.
  • Jun 2024


    Yayasan YPEM mengerakkan program semarak Islam untuk para pelancong warga antarabangsa di Masjid Negara di Kuala Lumpur dan di Masjid Putra di Putrajaya. Program pemakaian tudung untuk para pelancong Wanita. Program ini menjemput penglibatan para sukarelawan yang ramai dari universiti, Jabatan, Kementerian dan Syarikat swasta.

  • April 2025

    Program 1 Selangor

    Yayasan YPEM telah dilantik sebagai Wakil Perunding Zakat (Amil) kepada Lembaga Zakat Selangor. Melalui lantikan Amil, pihak Yayasan YPEM akan lebih mudah menghampiri para usahawan pelbagai peringkat di seluruh Negeri Selangor. Yayasan bergerak atas 3 Objektif. Pertama membimbing para usahawan untuk berniaga berasaskan Muamalat Islam. Kedua, minta mereka membayar zakat kepada Lembaga Zakat Selangor atas dasar Rukun Islam. Ketiga, moga umat Islam menguasai ekonomi di Malaysia.
  • Moga di Permudahkan Ogos 2025

    Program keimanan
    Program 1 Malaysia Semua Bangsa, Agama & Kaum

    Kolabrasi Program Mesra Ibadah antara Yayasan YPEM dan Unit Islam Kementerian Kesihatan Malaysia telah diluluskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Pada masa ini adalah pada peringkat persiapan MOU di fasa perundangan. Program Mesra Ibadah akan beroperasi di semua hospital negeri, hospital pakar dan hospital daerah di seluruh Malaysia. Yayasan YPEM akan meletakkan kakitangan (ustaz) disemua hospital untuk memudahkan urusan amal ibadat bagi pesakit Islam di hospital, mengajar kelas tajwid kepada kakitangan hospital, membaca doa untuk setiap pembedahan, membimbing syahadah bagi pesakit yang nazak sakarat, memandikan jenazah dan mengkebumikan jenazah pesakit Islam jika atas arahan pihak hospital. Dan bantu memudahkan pesakit bukan Islam yang memerlukan pertolongan (contoh: tolong pimpinkan pesakit untuk berjalan, tolong angkatkan sesuatu barang bersebab pesakit tidak berupaya untuk bergerak dan sebagainya). Setiap tindakan kakitangan Yayasan YPEM adalah dalam etika Islam yang bersopan dan menghormati. Objektif memantapkan keilmuan Islam, Husnul Khatimah dan pengislaman. Program dijangka bermula pada pertengahan tahun 2025.
  • Moga di Permudahkan Oktober 2025


    Yayasan YPEM telah berbincang dengan pihak JAKIM Putrajaya untuk perluasan program pemakaian tudung PERCUMA ke Masjid Putra, Putrajaya. Pihak JAKIM tiada halangan. Pihak Yayasan YPEM sedang berurusan dengan pihak pengurusan tertinggi Majid Putra untuk tujuan kelulusan. InsyaAllah, moga dipermudahkan segala urusan.
  • Moga di Permudahkan Oktober 2025

    Program Muslim 1 Malaysia

    Yayasan YPEM bercadang mewujudkan Pusat Bimbingan dan Hafazan al-Quran PERCUMA di setiap daerah di setiap Negeri di seluruh Malaysia.

  • Moga di Permudahkan Tahun 2028

    Program keimanan
    Program 1 Malaysia Semua Bangsa, Agama & Kaum

    Berasaskan fasiliti bangunan sedia ada di Bukit Merah Laketown Resort. Yayasan bercadang akan mewujudkan Pusat Pelancongan Pameran Peradaban Islam berasaskan sunnah Nabi Muhammad SAW di ibu pejabat Yayayasan YPEM di Pusat Peranginan Bukit Merah Laketown, Semanggol, Perak. Ia adalah bertujuan untuk mewujudkan perasaan kecintaan dan sayangnya pada Nabi Muhammad SAW. Moga sunnah Nabi Muhammad SAW menjadi amalan kehidupan seharian.

  • Moga di Permudahkan Tahun 2030

    Program keimanan
    Program 1 Malaysia Semua Bangsa, Agama & Kaum

    Berasaskan fasiliti bangunan sedia ada di Bukit Merah Laketown Resort. Yayasan YPEM berhasrat merealisasikan Bukit Merah Laketown sebagai Pusat keilmuan Islam dan Pusat Paliatif (program Husnul Khatimah) untuk seluruh rakyat Malaysia. Kepelbagaian program Ilmu akan di perluaskan.
-