Infaq Sedeqah melalui DuitNow “NIKMAT REZEKIKU SELALU DISEDIAKAN UNTUK BERSAMA DENGAN IBU & AYAH”
Assalammualaikum YBhg Tuan/ Puan yang diRahmati Allah SWT
Fasiliti DuitNow untuk tujuan Sedeqah dan Infag bagi kebajikan Ibu dan Ayah. Ia adalah proses pindahan dana infaq secara atas talian dari semua bank ke
akaun Yayasan YPEM. Kaedah ini adalah terbuka kepada seluruh rakyat Islam Negara Malaysia.
Manfaatkan fasiliti DuitNow untuk berinfaq.
Fasiliti aplikasi DuitNow memudahkan umat Islam Negara Malaysia untuk berinfaq atas urusan Islam bagi memuliakan Ibu & Ayah. Pindahan wang infaq ini tidak
memerlukan dokumentasi sepertimana fasiliti potongan ANGKASA dan MyDebit. Para penginfaq melalui DuitNow, keutamaan dalam hidup mereka adalah setiap rezeki
lebih perlu dinikmati bersama Ibu dan Ayah. Mereka selalu ingat pada ibu dan Ayah, dan selalu mahu gembirakan Ibu dan Ayah.
Para penginfaq menggunakan fasiliti DuitNow bermaksud selalu ingin berinfaq untuk ibu dan ayah tanpa berjadual. Sekiranya para penginfaq meninggal pada
mana-mana titik masa samada semasa dalam bertugas mahupun dalam persaraan; mereka adalah insan yang selalu berusaha untuk mengsyurgakan ibu dan ayah. Hasrat
dan niat mereka untuk berinfaq adalah selalu ada. Pada saat mereka dijemput kembali ke Rahmat Allah, mereka adalah sentiasa dalam situasi yang selalu fokas
untuk mengsyurgakan ibu dan ayah mereka. Moga Allah SWT redha syurga atas ibu ayah mereka, pastinya Rahmat Allah SWT juga akan Redha syurga bagi diri mereka
yang selalu memuliakan ibu dan ayah.
Terima kasih dan hormat kami kepada Tuan/ Puan yang bersedeqah dan berinfaq menjadikan seluruh program Islam di Yayasan YPEM sebagai kebajikan untuk Ibu dan Ayah.
Moga Allah SWT redha syurga atas ibu ayah penginfaq. InsyaAllah Redha juga dari Allah SWT akan syurga bagi diri penginfaq yang memuliakan ibu dan ayah mereka.
YBhg Tuan/Puan yang ingin bersama untuk berinfaq atas urusan Islam dan al-Quran di YPEM melalui fasiliti QR Duit Now yang disediakan. Pastikan, Akaun penerima
Adalah YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI MALAYSIA.
Lafaz dan Niat Infaq adalah, “Dengan Nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, atas limpah rezeki dari Allah SWT, saya sedeqahkan infaq tunai RM saya
ini untuk membiayai sebahagian kos pengajian al-Quran dan program Islam Yayasan YPEM di seluruh Malaysia. Pahala sedeqah ini saya sedeqahkan kepada ibu dan ayah
saya, ……………. Kerana Allah SWT.
Kebersamaan YBhg Tuan/ Puan bersama kami, adalah kemuliaan YBhg Tuan/Puan. Hormat daripada kami, Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia. Terima kasih.
VIDEO MUSIBAH KECURIAN DI YAYASAN YPEM>
Panduan Solat: Takbiratul Ihram
Panduan Solat: Surah Al-Fatihah
Panduan Solat: Tashahhud Akhir
Panduan Solat: Memberi Salam
DUITNOW YPEM
Senarai Peserta ke Peringkat Akhir & Penerima Sijil (Kemaskini sehingga 15hb September 2022)
A. Penghargaan kepada penginfaq dan pasangan yang berumur 55 tahun dan keatas
Penginfaq dan pasangan boleh tinggal dimana-mana bilik milik Yayasan hingga ke akhir usia mereka secara PERCUMA. Penginfaq dibenarkan untuk bertukar-tukar bilik mengikut keselesaan.
Penginfaq dibenarkan memperuntukkan ruang bilik mereka kepada mana-mana waris beliau untuk bermalam pada kadar PERCUMA tetapi bersyarat waris-waris itu menginap untuk tujuan mengikuti kelas pengajian di Yayasan YPEM. Kebenaran penginapan untuk waris hanya dan hanya dibenarkan selagi penginfaq masih hidup.
Penginfaq tidak wajib mengikuti semua kelas pengajian di Yayasan YPEM. Penginfaq boleh pilih kelas-kelas pilihan yang disukai.
Penginfaq tidak dibenarkan memelihara binatang di dalam bilik.
Setiap kali bilik tidak digunakan; kunci bilik mesti diserahkan kepada pihak Yayasan. Pihak Yayasan berhak untuk menyewakan bilik tersebut untuk para pelajar yang tidak mampu berinfaq pada jumlah RM30,000.
B. Penghargaan kepada penginfaq dan pasangan yang berumur 55 tahun dan kebawah
Penginfaq dan pasangan boleh tinggal dimana-mana bilik milik Yayasan terhad kepada 30 hari sahaja di dalam setahun. Penginfaq dibenarkan untuk bertukar-tukar bilik mengikut keselesaan.
Penginfaq dibenarkan memperuntukkan ruang bilik mereka kepada mana-mana waris beliau untuk bermalam pada kadar PERCUMA tetapi bersyarat waris-waris itu menginap untuk tujuan mengikuti kelas pengajian di Yayasan YPEM. Kebenaran penginapan untuk waris hanya dan hanya dibenarkan selagi penginfaq masih hidup. Jumlah bilangan hari maksima (gabungan penginfaq dan waris) adalah terhad kepada 30 hari sahaja.
Penginfaq tidak wajib mengikuti semua kelas pengajian di Yayasan YPEM. Penginfaq boleh pilih kelas-kelas pilihan yang disukai.
Penginfaq tidak dibenarkan memelihara binatang di dalam bilik.
Setelah penginfaq berusia lebih dari 55 tahun; penghargaan kepada penginfaq bertukar kepada terma-terma pada kategori A di atas.
Setiap kali bilik tidak digunakan; kunci bilik mesti diserahkan kepada pihak Yayasan. Pihak Yayasan berhak untuk menyewakan bilik tersebut untuk para pelajar yang tidak mampu berinfaq pada jumlah RM30,000.
Disediakan oleh Pihak Pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia.
Borang Permohonan Wujudkan Pengajian di Kawasan Anda
Borang Daftar Pengajian Al-Quran Di Yayasan YPEM
Borang Daftar Khidmat Nasihat Perniagaan Islam
Borang Mohon Pihak Yayasan YPEM Hadir Ke Kementerian/ Jabatan/ Agency/ GLC/ Syarikat untuk Memberi Pencerahan Zakat