PROGRAM TAJWID KHAS untuk Warga Malaysia 55 tahun +++ Bersama Pasangan / Sahabat Disediakan Penginapan dan Bimbingan Islam PERCUMA 5 HARI

Yayasan YPEM adalah sebuah NGO Ekonomi Islam di Malaysia; No. Pendaftaran: PPAB-36/2014. Kelulusan operasi berkuatkuasa pada 31hb Oktober 2014 DiPerbadanankan di bawah Akta Pemegang Amanah Pemerbadanan 1952.
Warga Malaysia 55 tahun +++ Bersama Pasangan / Sahabat dari seluruh Malaysia disediakan Penginapan, dan Bimbingan al-Quran & Islam PERCUMA selama 5 HARI 4 Malam di Bukit Merah Laketown, Perak. Program ini fokas untuk menambah baik bacaan tajwid al-Quran bagi setiap umat Islam warga emas di Malaysia.
Alhamdulillah Rahmat dan Kurnia daripada Allah SWT. Program ini telah bermula sejak 1hb September 2023, pihak Yayasan YPEM menawarkan penginapan dan pengajian Islam PERCUMA (one-off) kepada seluruh warga Islam rakyat Malaysia yang berusia 55 tahun dan ke atas. Tawaran adalah BERSYARAT wajib ada pasangan atau sahabat yang bersungguh-sungguh mahu belajar. Peserta akan disediakan sebuah Serviced Apartment PERCUMA untuk dua orang yang lengkap berperabut dan berhawa dingin; dan disediakan pengajian Islam & al-Quran PERCUMA untuk tempoh 5 hari 4 malam. Program ini ditawarkan kepada rakyat Malaysia pada setiap minggu, bermula pada hari Ahad dan berakhir pada hari Khamis. (Check-in hari Sabtu, Check-out pada hari Jumaat). Semua kos penginapan dan pengajian (RM800 untuk 2 orang) adalah dibawah tanggungan pihak Yayasan YPEM. Pengajian yang disediakan adalah serba lengkap iaitu bimbingan bacaan al-Quran dari asas secara bertajwid, pengajian feqah, Sirah Nabi, Hadith dan Tauhid oleh Para Ustaz tauliah Negeri Perak.
Jadual Kelas Pengajian Harian Ahad - Khamis (5H/4M) di Yayasan YPEM Bukit Merah Laketown Resort:
Kelas Sesi Masa Pembelajaran
1 Pagi 8.30 – 10.00 pagi Pengajian Islam
2 Tengah Hari 10.30 – 12.00 tengahari Pengajian Islam
3 Petang 2.30 – 4.00 petang Bimbingan al-Quran bertajwid
4 Malam 8.30 – 10.00 malam Bimbingan al-Quran bertajwid
Borang Pendaftaran Program Tajwid Khas Warga Emas 55 tahun ++
Borang Pendaftaran YPEM → WhatsApp

Program YPEM direalisasikan dari sumbangan Infaq dan sedeqah umat Islam di Malaysia. Manfaatkan sedeqah dan infaq untuk Ibu dan Ayah melalui program-program Islam Yayasan

BERSEDEKAH MULIAKAN IBU DAN AYAH. ALLAH SWT AKAN MUDAHKAN URUSAN KERJA DAN KELUARGA DALAM LIMPAHAN REZEKI YANG LUAS