Dana wakalah zakat adalah sebahagian dari dana bayaran zakat korporat atau Individu yang dipulangkan kembali oleh Lembaga Zakat Negeri kepada Korporat atau Individu pembayar zakat dengan persyaratan Amanah agar dana zakat itu diagihkan sendiri secara terus kepada para Asnaf Fakir, dan Miskin.
Projek Tahfiz Yayasan YPEM
Projek Tahfiz ini berobjektif untuk mewujudkan Pusat Bimbingan Hafazan al-Quran bagi anak-anak keluarga asnaf di seluruh Malaysia. Projek
ini secara khusus bertujuan untuk menyediakan bimbingan al-Quran kepada 2 kumpulan Asnaf utama iaitu Asnaf Fisabilillah Fakir dan Asnaf
Fisabilillah Miskin.
Projek Tahfiz Yayasan YPEM ini menyediakan tempat tinggal, makanan, dan bimbingan hafazan al-Quran kepada anak-anak keluarga asnaf fakir dan miskin. Mereka akan ditempatkan di Pusat Tahfiz Yayasan YPEM di Bukit Merah Laketown Resort, 34400 Semanggol, Perak.
Amanah Agihan Wang Wakalah Zakat
Agihan wang wakalah adalah Amanah yang amat berat di sisi Allah SWT. Wang wajib sampai kepada asnaf yang betul dan tepat berasaskan
definasi syariat Islam. Ketidak tepatan agihan dianggap sedeqah. Ketidak patuhan atau ketidak tepatan agihan adalah wajib diganti
kembali oleh individu yang mengagihkanya.
Kebaikan Program ini
Wang dana wakalah diagihkan kepenggunaannya secara telus untuk anak-anak para asnaf fisabilillah fakir dan miskin; dalam urusan
menyemarakkan ilmuan Islam untuk dimanfaatkan bagi generasi akan datang.
Kesediaan Pihak Yayasan YPEM
Kami bersedia untuk kolabrasi di talian 03-55236626, atau melalui Google Form yang disediakan dibawah; atau melalui fasiliti
E-Mail: ypem.asia@gmail.com. Sokongan dan kebaikan kerjasama YBhg Tuan dalam menceriakan program-program semarak Islam di Yayasan YPEM
adalah sentiasa kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Hormat daripada kami
Lembaga Pemegang Amanah
Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia