PROGRAM AL-QURAN DAN HAFAZAN PERCUMA UNTUK KAKITANGAN KEMENTERIAN, JABATAN, AGENSI KERAJAAN DAN SYARIKAT DI SELURUH MALAYSIA MELIPUTI NEGERI SABAH DAN SARAWAK

Alhamdulillah, Rahmat Kasih dan Sayang Allah SWT. Atas izinNYA, Yayasan YPEM diberikan keupayaan untuk menawarkan bimbingan al-Quran PERCUMA kepada seluruh kakitangan Kementerian, Jabatan Kerajaan, Agensi Kerajaan dan syarikat di seluruh Malaysia meliputi Sabah dan Sarawak. Kalam Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW adalah petunjuk setiap insan untuk capai kejayaan di dunia dan juga akhirat. Keilmuan al-Quran menjanjikan keceriaan dan kemuliaan bagi individu; dan juga integriti untuk capaian objektif, misi, dan visi bagi Organisasi.
Majoriti para tenaga pengajar di Yayasan YPEM adalah terdiri daripada para Ustaz yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan Qiraat dari Universiti Al-Azhar Shoubra, Mesir yang menghafal 30 juzuk al-Quran. Dan juga ahli hafazan dan ilmuan al-Quran dari universiti-universiti di Malaysia.
Bimbingan al-Quran yang diberikan adalah bermula dari asas kenal huruf hingga ke peringkat hafazan. Bagi Syarikat/ korporat yang berminat untuk mendapatkan khidmat bimbingan al-Quran PERCUMA daripada para Ustaz Yayasan YPEM. Mohon dihargai, sila isi borang pendaftaran di bawah. Pegawai pihak Yayasan YPEM akan menghubungi YBhg Tuan, untuk berbincang 'jadual ketetapan hari dan masa' yang disesuaikan dengan ketetapan organisasi Tuan. Program bimbingan al-Quran yang ditawarkan ini adalah program PERCUMA berterusan tanpa had masa. Kebersamaan organisasi tuan, bersama kami dalam urusan Islam adalah sentiasa kami dahului dengan ucapan hormat ribuan terima kasih.
Senarai Kementerian, Jabatan Kerajaan, Agensi Kerajaan dan Syarikat Konglomerat yang telah mula kelas pada tahun 2025 ; dan juga yang akan mula kelas bimbingan al-Quran pada tahun 2026 adalah seperti di bawah.