Pusat Rehat Paliatif Kritikal
Definasi paliatif ialah kondisi penyakit yang tidak akan kembali lebih baik jika dirawati. Rawatan hanya
untuk pastikan penyakit tidak tambah memberat. Sekiranya seseorang diklasifikasikan sebagai 'pesakit paliatif kritikal', bermaksud segala
kepakaran rawatan moden sudah tiada keupayaan untuk merawat. Umumnya, bilangan hari terakhir akan mencukupi.
Fungsi Pusat Rehat Paliatif Kritikal
Lokasi
Pada masa ini hanya ada di Pusat YPEM, Bukit Merah Laketown Resort, 33400 Semanggol, Perak. Yayasan YPEM sedang berusaha mewujudkan Pusat Rehat
Paliatif Yayasan YPEM di seluruh Malaysia. Lokasi sasaran utama ialah bangunan dan rumah-rumah di bandar dan juga di kawasan taman perumahan.
Lokasi ini dipilih kerana fasiliti asas selesa; dan mudah untuk segara sampai dari hospital.
Kebaikan Pusat Rehat Paliatif Kritikal
Pusat ini adalah pusat perlindungan keimanan yang diwujudka atas usaha dan ikhtiar untuk memastikan lafaz terakhir setaip pesakit ialah lafaz Syahadah.
Kekayaan dan Syurga Adalah pilihan
Setiap insan didunia dikurniakan nikmat kekayaan. Kita kaya kerana kita ada lebih berbanding orang lain. Dan orang lain rasa lebih kaya berbanding
orang lain apabila ia ada lebih berbanding orang lain. Dan begitulah seterusnya. Setiap insan adalah kaya. Itulah bukti, Allah itu Maha Adil. Tidak
ada seorang insan dimuka bumi ini yang berkecil hati dengan Allah SWT. Allah SWT itu Maha Adil, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Masalah yang kita hadapi adalah kita tidak tahu bagaimana cara untuk menikmati kekayaan yang diberikan. Kekayaan akan dinikmati apabila kita buka dan rasa manfaat kekayaan itu. Kekayaan boleh dinikmati melalui Pepatah Nikmat Kekayaan :
Kesediaan Pihak Yayasan YPEM
Sekiranya Ibu dan Ayah berhasrat hati mahu bersedeqah bangunan untuk dijadikan pusat Rehat Paliatif; adalah sukacita dan dihargai menghubungi pihak
Yayasan YPEM di talian 03-55236626, atau melalui Google Form yang disediakan dibawah; atau secara terus melalui fasiliti E-Mail: ypem.asia@gmail.com.
Sokongan dan kebaikan Kerjasama YBhg Tuan dalam menceriakan program-program semarak Islam di Yayasan YPEM adalah sentiasa kami dahului dengan ucapan
hormat terima kasih.
Hormat daripada kami
Lembaga Pemegang Amanah
Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia