Yayasan YPEM adalah sebuah NGO Ekonomi Islam di Malaysia; No. Pendaftaran: PPAB-36/2014. Kelulusan operasi berkuatkuasa pada 31hb Oktober 2014 DiPerbadanankan di bawah Akta Pemegang Amanah Pemerbadanan 1952.
No | Program | Deskripsi |
---|---|---|
1 | PENGAJIAN ISLAM PERCUMA | Menyediakan pusat pengajian, membiayai kos pengajian al-Quran, pengajian Islam dan hafazan al-Quran percuma untuk rakyat Islam Malaysia di seluruh Malaysia. |
2 | PUSAT PALIATIF PERCUMA | Menyediakan pusat paliatif, membiayai kos penginapan, penjagaan dan makanan percuma kepada pesakit paliatif Islam yang kritikal berat dari seluruh Malaysia. |
3 | TUDUNG SKAF PERCUMA | Menyedia dan memakaikan tudung kepala (skaft) percuma kepada para pelawat Islam (bebas rambut) dan bukan Islam yang melawat ke Masjid Negara dan juga kepada warga Malaysia Islam (bebas rambut) yang berurusan ke pejabat agama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI). |
4 | KEUSAHAWANAN ISLAM PERCUMA | Memberi bimbingan keusahawanan percuma kepada para usahawan industri pembuatan, perkhidmatan dan makanan halal. |
5 | YURAN AKADEMIK PERCUMA | Membiayai yuran dan keperluan sekolah bagi anak yatim piatu miskin dan anak-anak keluarga asnaf. |
6 | HOSPITAL MESRA IBADAH | Menyedia Ustaz dan Ustazah sokongan atas urusan mempermudahkan urusan iman dan islam bagi pesakit di semua hospital Kerajaan; di bawah program Hospital Mesra Ibadah. |
7 | PUSAT PENJAGAAN WARGA EMAS | Menyedia pusat penjagaan ISLAM yang menjaga keperluan asas, keislaman dan keimanan warga emas di seluruh Malaysia. |
RAKYAT MALAYSIA DIKASIHI, ATAS DASAR KASIH DAN SAYANG, DISERU & DIHARGAI MARI KITA BERSAMA-SAMA BERINFAQ ATAS LAFAZ KEBAJIKAN BAGI IBU & AYAH, MOGA BANGUNAN DAN AKTIVITI PUSAT ISLAM YAYASAN YPEM AKAN MENJADI SAKSI AMAL KEBAJIKAN ISLAM UNTUK IBU & AYAH DI AKHIRAT.