Card image cap Card image cap
PERTANDINGAN BACAAN AL-FATIHAH SESI 2022/2023
PERTANDINGAN MINGGUAN SESI OGOS 2022 – JULAI 2023
Pertandingan Membaca Surah Al-Fatihah adalah program Bimbingan dan Pendidikan tajaan Yayasan YPEM.
Objektif
  1. Projek bimbingan semarak bijak al-Quran satu Malaysia.
  2. Integriti peserta dan para intelektual al-Quran.
  3. Fasih al-Quran; moga beroleh kesempurnaan solat.
Fasih al-Quran; moga beroleh kesempurnaan solat.
  1. Kategori TERBUKA
  2. Pertandingan ini terbuka kepada Seluruh Umat Islam di Malaysia
  3. Penyertaan adalah secara perseorangan
  4. Umur 7 Tahun hingga 80 Tahun
Info Pertandingan
  • Pertandingan ini adalah secara rakaman video & suara mengunakan handphone
  • Pakaian sewaktu rakaman hendaklah sopan dan menutup aurat.
  • Peserta diminta membaca Surah Al-Fatihah secara terbaik bertajwid.
  • Bacaan Tajwid adalah merujuk pada bacaan Hafs 'an 'Asim
  • Penyertaan peserta hanya dibenarkan sekali sahaja pada setiap tahun.
  • Pertandingan Edisi tahun pertama bermula pada 1hb Ogos 2022 hingga 31hb Julai 2023. Semua peserta yang menang pada pertandingan mingguan akan dijemput ke Pertandingan akhir di YPEM Bukit Merah Laketown Resort. Pertandingan akhir akan dilakukan pada waktu cuti sekolah.
Card image cap Card image cap
CSR & ZAKAT UNTUK PENGAJIAN PESARA
CSR & ZAKAT UNTUK BANTU PENGAJIAN ISLAM PESARA & PELAJAR TAHFIZ
Corporate Social Responsibility (CSR)
  • CSR adalah tanggungjawab sosial korporat bagi mempertingkatkan kesejahteraan masyarakat serta meningkatkan imej organisasi di mata pasaran. CSR pada dasarnya adalah strategi etika korporat yang diintegrasikan ke dalam model perniagaan untuk capai visi dan misi syarikat. Ia juga dikenali sebagai kelestarian korporat, atau amalan perniagaan yang bertanggungjawab. Dari perspektif korporat, objektif utama CSR adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan dan pengekalan kesetiaan kakitangan kepada syarikat. Dari perspektif pasaran, objektif utama adalah untuk membina imej syarikat, membuka pasaran baru dan mengikat kesetiaan pengguna semasa.
  • Apabila seseorang kakitangan capai usia bersara setelah sekian lama berjasa. Adalah wajar baginya dipertimbangkan agihan dari belanjawan CSR. Mereka adalah pekerja setia yang akan terus setia kepada produk syarikat; dan akan terus mempromosikan syarikat kepada masyarakat.
  • Semasa hayat persaraan mereka, dalam keruangan baki usia mereka yang masih ada. Berilah sokongan yuran pengajian Islam mereka (one-off RM4,000). Supaya akhiran hayat mereka indah dengan al-Quran; indah dengan penghayatan dan pengamalan Islam yang sempurna sebaiknya.
Zakat
  • Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam. Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan samada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan.
  • Setiap korporat Islam yang untung wajib membayar zakat.
  • Asnaf Fisabilillah (pelajar tahfiz/pelajar warga emas) adalah salah satu golongan asnaf yang boleh menerima zakat.
  • Pihak korporat dihargai merujuk nasihat kepada pihak Majlis agama Islam negeri. Begitu juga bagi pihak pesara; mohon bertanyakan zakat atas wang EPF/gratuiti yang diterima.
  • Insya-Allah wang zakat akan dapat disalurkan untuk menaja kakitangan yang bersara.
Card image cap Card image cap
PROJEK TANAH UNTUK PROGRAM ISLAM
YAYASAN YPEM BERSEDIA MENYEDIAKAN TANAH PERCUMA UNTUK TAPAK BINAAN MASJID, SURAU, TAHFIZ, PUSAT WARGA EMAS DAN HOSPITAL DI SELURUH MALAYSIA.
Alhamdulillah Rahmat dan Kurnia dari Allah SWT. Pihak Yayasan YPEM dengan hati terbuka sentiasa mengalu-alukan program Islam di Seluruh Malaysia. Pihak Yayasan bersedia menawarkan tanah PERCUMA untuk pembinaan Masjid, Surau dan Pusat Tahfiz di seluruh Malaysia. Kepada organisasi dan institusi yang memerlukan, diminta menghantar proposal projek ke Yayasan YPEM.
Card image cap Card image cap
PROJEK TERAPI KANSER BERASASKAN AL-QURAN
TERAPI AL-QURAN, PENGAJIAN & PENGINAPAN PERCUMA UNTUK PESAKIT KANSER CARCINOMA & SARCOMA
Sakit Kanser kategori Carcinoma & Sarcoma adalah sakit fisiology yang serius memerlukan ketenangan diri dan ketenangan suasana persekitaran. Kami di Yayasan YPEM amat memahami psikologi para pesakit. Kemudahan fasiliti di Yayasan YPEM dengan persekitaran suasana yang tenang. Pengajian al-Quran dan bimbingan komrehensif Islam akan dimanfaat kepada para pesakit untuk capai ketenangan diri terbaik. InsyaAllah, suasana persekitaran al-Quran disini akan memberi nilai tambah rawatan pelengkap kepada usaha & ikhtiar pihak hospital.
Matlamat
  1. Usaha & Ikhtiar pelengkap berasaskan Al-Quran & Hadith
  2. Pesakit diajar pengajian Rukun Iman, Islam & Ihsan
  3. Pesakit akan dibantu melaksana ilmu-ilmu Islam yang dipelajari
  4. Moga pesakit membina ketenangan diri dalam suasana Fisabilillah (pengajian)
  5. Moga semua para penginfaq mendapat Rhedo Allah ke Syurga
Terma & Syarat kemasukan
  1. Disahkan oleh pihak hospital
  2. Berkelakuan baik
  3. Tidak menganggu pentadbiran Yayasan
Card image cap Card image cap

PROGRAM TERIMA INFAQ DI SEMUA KAUNTER MYDIN

YAYASAN YPEM JUGA MENYEDIAKAN PELUANG INFAQ DI SEMUA KAUNTER MYDIN DI SELURUH MALAYSIA. DANA INFAQ INI DIGUNAKAN UNTUK PEMBANGUNAN & PERKEMBANGAN PROGRAM ISLAM DI YAYASAN YPEM UNTUK SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA

Kepada Muslimim dan Muslimat yang berhasrat ingin berjuang bersama memperkasakan projek perkembangan Islam di Yayasan YPEM. Tuan boleh berinfaq disemua kaunter bayaran MYDIN. Tuan hanya perlu nyatakan kepada juruwang, “Adik, saya mahu infaq untuk Ibu & Ayah saya. Mereka akan keluarkan resit bukti infaq kepada Tuan.

Card image cap
Card image cap
Card image cap Card image cap

PROGRAM INFAQ VAN JENAZAH

Program ini diusahakan atas dasar untuk meringankan kos penghantaran jenazah. Sasaran dua (2) buah van di setiap hospital besar dan sebuah (1) van di setiap hospital daerah. Insyaallah dengan pertolongan Allah SWT.

Card image cap Card image cap

PROGRAM BANTU INFAQ PENGAJIAN IBU AYAH ANGKAT

Program ini adalah program kasih sayang untuk Ibu Ayah angkat
  • Yayasan YPEM menyediakan Pakej pengajian ini meliputi pembelajaran al-Quran (Tajwid, Taranum, Tafsir, Taddabur); Sirah, Tauhid, Feqah, dan Tassawuf). 4 kelas pada setiap hari. Setiap kelas 1 ½ jam. Cuti pada hari Jumaat. Jadual masa kelas pengajian adalah 8.30 pagi – 10.00 pagi; 10.30 pagi – 12.00 tengahari; 3.00 petang – 4.30 petang; dan 8.00 malam – 9.30 malam.
  • Diluar sana, ada dikalangan umat Islam yang telah lanjut usia dalam kemiskinan. Mereka amat berharapkan kepada pengajian. Kepada Tuan/Puan yang berkemampuan; boleh dan dihargai menaja pengajian mereka. Setiap pakej yang disediakan oleh pihak Yayasan adalah pada nilai istimewa; yang telah diserapkan sebahagian besar kos oleh pihak Yayasan.
  • Tuan/Puan boleh menaja pada nilai tajaan RM500 untuk seorang bagi setiap bulan. Pihak yang ditaja akan dibekalkan penginapan dan pengajian untuk tempoh 30 hari.
  • Para penaja boleh memilih Ibu Angkat secara sendiri atau menyerahkan kepada pihak Yayasan untuk memilih.
  • Terbaik adalah menaja pengajian bagi Ibu & ayah sendiri.
Card image cap Card image cap

PROGRAM INFAQ TAJA SAUDARA BARU (MUALLAF)

Program ini adalah program memudahkan urusan agama bagi Para Muallaf
  1. Yayasan YPEM menyediakan Pakej pengajian ini meliputi pembelajaran al-Quran (Tajwid, Taranum, Tafsir, Taddabur); Sirah, Tauhid, Feqah, dan Tassawuf). 4 kelas pada setiap hari. Setiap kelas 1 ½ jam. Cuti pada hari Jumaat. Jadual masa kelas pengajian adalah 8.30 pagi – 10.00 pagi; 10.30 pagi – 12.00 tengahari; 3.00 petang – 4.30 petang; dan 8.00 malam – 9.30 malam.
  2. Diluar sana, ada ramai Muallaf yang amat memerlukan bimbingan agama. Kepada Tuan/Puan yang berkemampuan; boleh dan dihargai menaja pengajian mereka. Setiap pakej yang disediakan oleh pihak Yayasan adalah pada nilai istimewa; yang telah diserapkan sebahagian besar kos oleh pihak Yayasan.
  3. Tuan/Puan boleh menaja pada nilai tajaan RM500 untuk seorang bagi setiap bulan. Pihak yang ditaja akan dibekalkan penginapan dan pengajian untuk tempoh 30 hari.
  4. Para penaja boleh memilih Muallaf secara sendiri atau menyerahkan kepada pihak Yayasan untuk memilih.
Card image cap Card image cap
SYURGAKAN IBU & AYAH
PILIHAN INFAQ UNTUK BANTU PROGRAM ISLAM YAYASAN YPEM
Ibu & ayah tahu, anak yang manakah berinfaq kebajikan untuk mereka. Moga kita dikalangan anak-anaknya yang dinantikan dan disambut oleh Ibu & Ayah.
Mydin