PERISTIWA YPEM PADA TAHUN 2023
  • Dijangka Feb/Mac 2023

    Program 1 Malaysia Semua Bangsa, Agama & Kaum

    Yayasan YPEM mewujudkan Pusat Paliatif Yayasan YPEM untuk seluruh Rakyat Malaysia tanpa mengira Bangsa, Agama dan Kaum. Perkhidmatan perjalanan pesakit disediakan PERCUMA dari Hospital ke Pusat Paliatif Yayasan YPEM di Bukit Merah Laketown. Rawatan dan Penjagaan disediakan PERCUMA untuk seluruh Rakyat Malaysia tanpa mengira Bangsa, Agama dan Kaum. Program dikekalkan dan berterusan.
  • Dijangka Feb/Mac 2023

    Program 1 Malaysia Semua Bangsa, Agama & Kaum

    Yayasan YPEM berkolabrasi dengan Unit Islam di semua Hospital Besar dan Hospital Pakar kerajaan di seluruh Malaysia. Melalui kolabrasi ini, pihak Yayasan YPEM akan membekal beberapa orang kakitangan YPEM berasaskan kapasiti keperluan hospital (tenaga sokongan, purata 4 orang untuk setiap hospital. Gaji dan KWSP dibawah tanggungan pihak Yayasan YPEM) untuk membantu kepelbagaian urusan dan permasalahan pesakit di hospital. Program dikekalkan dan berterusan.
  • Dijangka Feb/Mac 2023

    Program 1 Malaysia

    Yayasan YPEM menyediakan Perkhidmatan Van Jenazah PERCUMA ke lokasi pengkebumian untuk pesakit yang meninggal dunia di Hospital Kerajaan dan juga yang meninggal dunia di Pusat Paliatif Yayasan YPEM untuk seluruh Malaysia. Program dikekalkan dan berterusan.
  • Dijangka Jun 2023

    Program Muslim 1 Malaysia

    Yayasan YPEM menyediakan Tanah Perkuburan khas untuk Jenazah Islam yang berhasrat untuk dikebumikan di tanak perkuburan YPEM. Semua urusan pengkebumian adalah diuruskan secara PERCUMA. Program dikekalkan dan berterusan.
  • Dijangka Jun 2023

    Program 1 Malaysia Semua Bangsa, Agama & Kaum

    Yayasan akan mewujudkan Pusat Pameran Bimbingan strategik keusahawan kaedah Islam di Dewan Palm View Serviced Apartment. Ia adalah bertujuan untuk melonjakkan ekonomi Rakyat dan korporat Malaysia. Program semua Bangsa, Agama dan Kaum.
  • Dijangka Ogos 2023

    Program 1 Malaysia Semua Bangsa, Agama & Kaum

    Yayasan bercadang akan mewujudkan Pusat Pameran Islam etika peradaban Islam dalam kehidupan berasaskan sunnah Nabi Muhammad SAW di Bukit Merah Laketown. Ia adalah bertujuan untuk mewujudkan perasaan kecintaan dan sayangnya pada Nabi Muhammad SAW. Dan untuk melonjakkan ekonomi seluruh Rakyat Malaysia.
  • Dijangka Dis 2023

    Program 1 Malaysia Semua Bangsa, Agama & Kaum

    Yayasan YPEM berhasrat merealisasikan Bukit Merah Laketown sebagai Pusat ilmu Islam dan Pusat Rawatan Islam untuk seluruh rakyat Malaysia. Kepelbagaian program Ilmu di perluaskan.
iklan tepi