Masjid dikenali sebagai rumah Allah. Masjid memiliki fungsi dan peranan penting bagi umat muslim di dunia.
Fungsi masjid yang paling utama ialah sebagai tempat bersujud atau beribadah kepada Allah.
Untuk perkembangan Islam kita haruslah mempunyai pandangan yang jauh ke hadapan merealisasikan masjid sebagai
Pusat Pembangunan Islam yang merangkumi semua kegiatan yang boleh diterjemahkan sebagai ibadah. Masjid mesti
dimanfaatkan sepenuhnya sebagai tempat belajar dan mengajar dalam mendalami ilmu agama Islam. Di mana setiap
muslim berhak untuk memberi atau mendapatkan ilmu. Masjid mesti dimanfaatkan sebagai tempat penyebaran dakwah
yang sentiasa kita boleh belajar dan boleh dijelaskan setiap pertanyaan kita sekiranya ada kemusykilan.
Allah berfirman: “Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan
hari akhir, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada
Allah, Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(Al-Taubah: 18).
Syarat untuk mendapat tajaan utiliti daripada Yayasan YPEM adalah:
Masjid mesti dizahirkan sebagai Pusat Ibadah dan juga sebagai Pusat keilmuan umat Islam. Selain daripada aktiviti
ibadah harian untuk masyarakat Islam setempat; Masjid juga perlu menyediakan kemudahan tempat, masa dan fasiliti
kepada Pusat tahfiz milik Masjid, Pusat tahfiz persendirian dan Pusat Pengajian Tahfiz milik kerajaan yang berhampiran.
Misi Yayasan YPEM adalah moga pada satu ketika nanti akan ada masjid yang dibuka 24 jam untuk berbagai program ibadah,
pengajian dan penghafalan al-Quran.
VIDEO MUSIBAH KECURIAN DI YAYASAN YPEM>
Panduan Solat: Takbiratul Ihram
Panduan Solat: Surah Al-Fatihah
Panduan Solat: Tashahhud Akhir
Panduan Solat: Memberi Salam
DUITNOW YPEM
Senarai Peserta ke Peringkat Akhir & Penerima Sijil (Kemaskini sehingga 15hb September 2022)
A. Penghargaan kepada penginfaq dan pasangan yang berumur 55 tahun dan keatas
Penginfaq dan pasangan boleh tinggal dimana-mana bilik milik Yayasan hingga ke akhir usia mereka secara PERCUMA. Penginfaq dibenarkan untuk bertukar-tukar bilik mengikut keselesaan.
Penginfaq dibenarkan memperuntukkan ruang bilik mereka kepada mana-mana waris beliau untuk bermalam pada kadar PERCUMA tetapi bersyarat waris-waris itu menginap untuk tujuan mengikuti kelas pengajian di Yayasan YPEM. Kebenaran penginapan untuk waris hanya dan hanya dibenarkan selagi penginfaq masih hidup.
Penginfaq tidak wajib mengikuti semua kelas pengajian di Yayasan YPEM. Penginfaq boleh pilih kelas-kelas pilihan yang disukai.
Penginfaq tidak dibenarkan memelihara binatang di dalam bilik.
Setiap kali bilik tidak digunakan; kunci bilik mesti diserahkan kepada pihak Yayasan. Pihak Yayasan berhak untuk menyewakan bilik tersebut untuk para pelajar yang tidak mampu berinfaq pada jumlah RM30,000.
B. Penghargaan kepada penginfaq dan pasangan yang berumur 55 tahun dan kebawah
Penginfaq dan pasangan boleh tinggal dimana-mana bilik milik Yayasan terhad kepada 30 hari sahaja di dalam setahun. Penginfaq dibenarkan untuk bertukar-tukar bilik mengikut keselesaan.
Penginfaq dibenarkan memperuntukkan ruang bilik mereka kepada mana-mana waris beliau untuk bermalam pada kadar PERCUMA tetapi bersyarat waris-waris itu menginap untuk tujuan mengikuti kelas pengajian di Yayasan YPEM. Kebenaran penginapan untuk waris hanya dan hanya dibenarkan selagi penginfaq masih hidup. Jumlah bilangan hari maksima (gabungan penginfaq dan waris) adalah terhad kepada 30 hari sahaja.
Penginfaq tidak wajib mengikuti semua kelas pengajian di Yayasan YPEM. Penginfaq boleh pilih kelas-kelas pilihan yang disukai.
Penginfaq tidak dibenarkan memelihara binatang di dalam bilik.
Setelah penginfaq berusia lebih dari 55 tahun; penghargaan kepada penginfaq bertukar kepada terma-terma pada kategori A di atas.
Setiap kali bilik tidak digunakan; kunci bilik mesti diserahkan kepada pihak Yayasan. Pihak Yayasan berhak untuk menyewakan bilik tersebut untuk para pelajar yang tidak mampu berinfaq pada jumlah RM30,000.
Disediakan oleh Pihak Pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia.
Borang Permohonan Wujudkan Pengajian di Kawasan Anda
Borang Daftar Pengajian Al-Quran Di Yayasan YPEM
Borang Daftar Khidmat Nasihat Perniagaan Islam
Borang Mohon Pihak Yayasan YPEM Hadir Ke Kementerian/ Jabatan/ Agency/ GLC/ Syarikat untuk Memberi Pencerahan Zakat