PROGRAM PALIATIF YAYASAN YPEM

Yayasan YPEM adalah sebuah NGO Ekonomi Islam di Malaysia; No. Pendaftaran: PPAB-36/2014. Kelulusan operasi berkuatkuasa pada 31hb Oktober 2014 DiPerbadanankan di bawah Akta Pemegang Amanah Pemerbadanan 1952.
Program ini aalah atas matlamat 2 objektif. Pertama memohon kepada Allah SWT, moga pesakit disihatkan kembali atas dasar MAHA Kasih dan SayangNYA Allah atas makhluknya. Kedua, sekiranya umur pesakit telah diCUKUPkan, mohon pemergianya dalam Syahadah IMAN dan ISLAM. Program ini PERCUMA disediakan untuk para pesakit Paliatif tahap 4 dari seluruh Malaysia.
Rujukan Sinar Harian 22 September 2022. Lebih dari 100,000 pesakit tenat dan meninggal setiap tahun di Malaysia. Mereka amat memerlukan penjagaan paliatif. Pesakit dibawah PENJAGAAN paliatif adalah pesakit kronik setelah tiada lagi rawatan sainstifik mampu dilakukan untuk pesakit. Pusat Paliatif Yayasan YPEM, menyediakan tempat penginapan PERCUMA untuk pesakit dan ahli keluarga. Makanan PERCUMA kepada semua pesakit. Psikologi pesakit akan cuba dirawat dalam suasana keselesaan fizikal dan keceriaan psikologi berasaskan al-Quran. Sebanyak 50 buah bilik (studio 330 kaki2) disediakan untuk program ini. InsyaAllah, program ini akan diperluasan ke negeri-negeri lain.
TERMA & SYARAT: Tawaran adalah BERSYARAT, pesakit wajib ada surat pengesahan daripada Hospital. Hanya pesakit pada tahap kritikal sahaja yang akan diterima. Semua waris WAJIB menemani dan tinggal dibilik disediakan bersama-sama dengan pesakit; dan WAJIB bersama para Ustaz Yayasan YPEM membaca ayat-ayat al-Quran secara bersama-sama memohon kepada Allah SWT moga pesakit disihatkan kembali atas dasar MAHA Kasih dan SayangNYA Allah atas makhluknya. Kedua, sekiranya umur pesakit telah diCUKUPkan, mohon pemergianya dalam Syahadah IMAN dan ISLAM.
Borang Daftar Pesakit Paliatif