Card image cap Card image cap
PROGRAM TINGKATKAN EKONOMI:
PUSAT TAHFIZ YAYASAN YPEM
Pusat Tahfiz Yayasan YPEM. Seramai 100 orang pelajar Tahfiz [50 lelaki, 50 perempuan] akan mula diambil pada tahun 2022. Ia adalah dibawah program Anak Angkat Yayasan YPEM. Keseluruhan kos pengajian, keperluan diri dan makanan dibiayai PENUH oleh pihak Yayasan YPEM. Mereka akan dibentuk untuk memimpin Ekonomi berkonsepkan Islam pada masa hadapan. InsyaAllah pengambilan pertama pada tahun 2023. PELAJAR TAHFIZ YAYASAN YPEM:
  1. Pelajar tahfiz Yayasan YPEM adalah pelajar terpilih atas dasar sejarah kecemerlangan akademik mereka di tahun 6. Personaliti mereka akan dibentuk oleh pihak Yayasan YPEM dalam bentuk keilmuan Islam untuk menerajui ekonomi Malaysia pada masa akan datang berasaskan muamalat Islam.
  2. 100 orang pelajar akan diambil pada tahun 2023 dari seluruh Malaysia. Pelajar diambil mesti melepasi saringan 2 peringkat temuduga. Pengambilan pelajar pada tahun-tahun turutan selepas 2023 adalah ditetapkan seramai 50 pelajar pada setiap tahun. eperluan pengajian mereka adalah dibawah pembiayaan PENUH oleh pihak Yayasan YPEM.
Card image cap Card image cap
PROGRAM TINGKATKAN EKONOMI UMUM:
PROGRAM SEMARAK MUAMALAT
Yayasan YPEM akan memberi khidmat perundingan strategi pemasaran; untuk membangunkan ekonomi rakyat Malaysia dalam semua sektor ekonomi. Peranan dan keseluruhan aktiviti Yayasan YPEM adalah untuk maningkatkan ekonomi seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Aktiviti Yayasan YPEM adalah membantu membangunkan ekonomi dalam bentuk kepelbagaian strategi pemasaran mengikut situasi pergerakan aktiviti ekonomi semasa. Pihak Yayasan akan memberi bimbingan Perniagaan Berkonsepkan Ekonomi Muamalat Islam secara PERCUMA kepada seluruh Rakyat Malaysia.
Aktiviti konsultasi strategi perniagaan Yayasan YPEM
  1. Para usahawan boleh menyertai kelas bimbingan strategi perniagaan anjuran Yayasan YPEM
  2. Pihak Yayasan YPEM boleh dijemput untuk memberi taklimat di program-program keusahawanan
Card image cap Card image cap
PROGRAM TINGKATKAN EKONOMI : PROGRAM EDISI MOTIVASI BINA BANGSA MALAYSIA YANG KAYA RAYA
Visi Yayasan YPEM adalah untuk memastikan seluruh Rakyat Malaysia hidup kaya dengan harta dan keilmuan Islam. Kekayaan ilmu yang boleh menguasai Minda Ekonomi Dunia. Program ini adalah program TETAP anjuran Yayasan YPEM; yang dikendalikan secara berterusan dan sentiasa terbuka.
Impak ekonomi yang akan dicapai
  1. Hasil setiap sektor Ekonomi akan bertambah berlipat ganda pada kualiti terbaik.
  2. Aset fizikal negara akan melonjak pada nilaian tinggi.
  3. Aset kecerdasan minda yang berupaya benguasai dan menerokai seluruh dunia.
Tempoh Masa Program
Terdapat 2 pilihan masa
Hari Masa pilihan
Jumaat 9.00 pagi – 12.00 tgh
Sabtu 9.00 pagi – 12.00 tgh
Yuran Penyertaan
RM500 seorang
Sarapan pagi & makan tengahari disediakan.
Card image cap Card image cap
PROGRAM TINGKATKAN EKONOMI: EKSPO PKS YPEM
Yayasan YPEM menyediakan fasiliti untuk Ekspo PKS. Ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada PKS Malaysia bagi mempromosikan produk mereka. Pusat ini akan menjadi lokasi strategi terbaik bagi PKS Malaysia untuk mendedahkan dan mempromosikan produk mereka ke pasaran sasaran yang lebih luas.
Objektif Ekspo PKS YPEM 2023
  • Destinasi ekspo untuk semua produk Halal
  • Mewujudkan destinasi pilihan kepelbagaian produk/perkhidmatan kepada Pelanggan
  • Mewujudkan peluang alliansi rakan niaga antara para pembekal dan para pengedar
  • Usahawan dapat berkongsi kepakaran dan nasihat dikalangan peserta; dan juga dari pakar perunding
  • Usahawan dapat memperkenalkan produk & perkhidmatan mereka kepada pengedar & pengguna
Card image cap Card image cap
CSR & INFAQ UNTUK SEMARAKAN ISLAM & SYURGAKAN
IBU & AYAH
Dalam hidup ini, dalam detik jantung nafas ini, dalam rezeki yang Allah kurniakan kepada kita; mari kita bergandingan tangan bersama-sama demi Islam. Kita Ehsan sesama manusia demi Islam. Allah SWT akan Ehsan kepada kita. Aamiin.
>> KLIK SLIDES: Senarai CSR & Infaq PILIHAN untuk Islam & Untuk Ibu & Ayah