VISI utama Yayasan YPEM adalah memberi khidmat perundingan strategi pemasaran; untuk membangunkan ekonomi rakyat
Malaysia dalam semua sektor ekonomi. Peranan dan keseluruhan aktiviti Yayasan adalah untuk maningkatkan ekonomi
seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Aktiviti Yayasan YPEM adalah membantu membangunkan
ekonomi dalam bentuk kepelbagaian strategi pemasaran mengikut situasi pergerakan aktiviti ekonomi semasa.
Aktiviti konsultasi strategi perniagaan Yayasan YPEM
Para usahawan boleh menyertai kelas bimbingan strategi perniagaan anjuran Yayasan
Pihak Yayasan YPEM boleh dijemput untuk memberi taklimat di program-program keusahawanan
MOTIVASIBINA BANGSA MALAYSIA YANG KAYA RAYA
Visi Yayasan YPEM adalah untuk memastikan seluruh Rakyat Malaysia hidup kaya dengan harta dan keilmuan Islam.
Kekayaan ilmu yang boleh menguasai Minda Ekonomi Dunia. Program ini adalah program TETAP anjuran Yayasan YPEM;
yang dikendalikan secara berterusan dan sentiasa terbuka.
Impak ekonomi yang akan dicapai
Hasil setiap sektor Ekonomi akan bertambah berlipat ganda pada kualiti terbaik.
Aset fizikal negara akan melonjak pada nilaian tinggi.
Aset kecerdasan minda yang berupaya benguasai dan menerokai seluruh dunia.
Tempoh Masa Program
Terdapat 2 pilihan masa
Hari
Masa pilihan
Jumaat
9.00 pagi – 12.00 tgh
Sabtu
9.00 pagi – 12.00 tgh
Yuran Penyertaan
RM500 seorang
Sarapan pagi & makan tengahari disediakan.
EKSPOPKS YPEM
Yayasan YPEM menyediakan fasiliti untuk Ekspo PKS. Ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada PKS Malaysia bagi
mempromosikan produk mereka. Pusat ini akan menjadi lokasi strategi terbaik bagi PKS Malaysia untuk mendedahkan dan
mempromosikan produk mereka ke pasaran sasaran yang lebih luas.
Objektif Ekspo PKS YPEM 2022
Destinasi ekspo untuk semua produk Halal
Mewujudkan destinasi pilihan kepelbagaian produk/perkhidmatan kepada Pelanggan
Mewujudkan peluang alliansi rakan niaga antara para pembekal dan para pengedar
Usahawan dapat berkongsi kepakaran dan nasihat dikalangan peserta; dan juga dari pakar perunding
Usahawan dapat memperkenalkan produk & perkhidmatan mereka kepada pengedar & pengguna
SYURGAKANIBU & AYAH
PILIHAN INFAQ UNTUK BANTU PROGRAM ISLAM YAYASAN YPEM
Ibu & ayah tahu, anak yang manakah berinfaq kebajikan untuk mereka. Moga kita dikalangan anak-anaknya yang dinantikan dan disambut oleh Ibu & Ayah.
VIDEO MUSIBAH KECURIAN DI YAYASAN YPEM>
Panduan Solat: Takbiratul Ihram
Panduan Solat: Surah Al-Fatihah
Panduan Solat: Tashahhud Akhir
Panduan Solat: Memberi Salam
DUITNOW YPEM
Senarai Peserta ke Peringkat Akhir & Penerima Sijil (Kemaskini sehingga 15hb September 2022)
A. Penghargaan kepada penginfaq dan pasangan yang berumur 55 tahun dan keatas
Penginfaq dan pasangan boleh tinggal dimana-mana bilik milik Yayasan hingga ke akhir usia mereka secara PERCUMA. Penginfaq dibenarkan untuk bertukar-tukar bilik mengikut keselesaan.
Penginfaq dibenarkan memperuntukkan ruang bilik mereka kepada mana-mana waris beliau untuk bermalam pada kadar PERCUMA tetapi bersyarat waris-waris itu menginap untuk tujuan mengikuti kelas pengajian di Yayasan YPEM. Kebenaran penginapan untuk waris hanya dan hanya dibenarkan selagi penginfaq masih hidup.
Penginfaq tidak wajib mengikuti semua kelas pengajian di Yayasan YPEM. Penginfaq boleh pilih kelas-kelas pilihan yang disukai.
Penginfaq tidak dibenarkan memelihara binatang di dalam bilik.
Setiap kali bilik tidak digunakan; kunci bilik mesti diserahkan kepada pihak Yayasan. Pihak Yayasan berhak untuk menyewakan bilik tersebut untuk para pelajar yang tidak mampu berinfaq pada jumlah RM30,000.
B. Penghargaan kepada penginfaq dan pasangan yang berumur 55 tahun dan kebawah
Penginfaq dan pasangan boleh tinggal dimana-mana bilik milik Yayasan terhad kepada 30 hari sahaja di dalam setahun. Penginfaq dibenarkan untuk bertukar-tukar bilik mengikut keselesaan.
Penginfaq dibenarkan memperuntukkan ruang bilik mereka kepada mana-mana waris beliau untuk bermalam pada kadar PERCUMA tetapi bersyarat waris-waris itu menginap untuk tujuan mengikuti kelas pengajian di Yayasan YPEM. Kebenaran penginapan untuk waris hanya dan hanya dibenarkan selagi penginfaq masih hidup. Jumlah bilangan hari maksima (gabungan penginfaq dan waris) adalah terhad kepada 30 hari sahaja.
Penginfaq tidak wajib mengikuti semua kelas pengajian di Yayasan YPEM. Penginfaq boleh pilih kelas-kelas pilihan yang disukai.
Penginfaq tidak dibenarkan memelihara binatang di dalam bilik.
Setelah penginfaq berusia lebih dari 55 tahun; penghargaan kepada penginfaq bertukar kepada terma-terma pada kategori A di atas.
Setiap kali bilik tidak digunakan; kunci bilik mesti diserahkan kepada pihak Yayasan. Pihak Yayasan berhak untuk menyewakan bilik tersebut untuk para pelajar yang tidak mampu berinfaq pada jumlah RM30,000.
Disediakan oleh Pihak Pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia.
Borang Permohonan Wujudkan Pengajian di Kawasan Anda
Borang Daftar Pengajian Al-Quran Di Yayasan YPEM
Borang Daftar Khidmat Nasihat Perniagaan Islam
Borang Mohon Pihak Yayasan YPEM Hadir Ke Kementerian/ Jabatan/ Agency/ GLC/ Syarikat untuk Memberi Pencerahan Zakat