PROGRAM TINGKATKAN EKONOMI 1: PROGRAM SEMARAK BIJAK AL-QURAN
Ayat-ayat Al-Quran adalah Mukjizat yang membawa setiap Insan itu kaya di dunia dan diakhirat. Setiap Insan Hamba Allah di muka bumi Allah ini akan kaya Ilmu, kaya bebijaksanaan dan Kaya Harta jika mereka Bijak al-Quran. Kebijaksanaan terserlah apabila al-Quran didampingi; kebijaksanaan lebih terserlah apabila kita mampu membaca al-Quran secara betul dan tepat pada makhrajnya; kebijaksanaan akan amat terserlah apabila kita memahami dan mengamal setiap maksud ayat al-Quran.
Card image cap Card image cap
PROGRAM SEMARAK BIJAK AL-QURAN: PERTANDINGAN BACAAN AL-FATIHAH MINGGUAN SESI 2022/2023
Pertandingan Membaca Surah Al-Fatihah adalah program Bimbingan dan Pendidikan tajaan Yayasan YPEM.
Objektif
  1. Projek bimbingan semarak bijak al-Quran satu Malaysia.
  2. Integriti peserta dan para intelektual al-Quran.
  3. Fasih al-Quran; moga beroleh kesempurnaan solat.
Fasih al-Quran; moga beroleh kesempurnaan solat.
  1. Kategori TERBUKA
  2. Pertandingan ini terbuka kepada Seluruh Umat Islam di Malaysia
  3. Penyertaan adalah secara perseorangan
  4. Umur 7 Tahun hingga 80 Tahun
Info Pertandingan
  • Pertandingan ini adalah secara rakaman video & suara mengunakan handphone
  • Pakaian sewaktu rakaman hendaklah sopan dan menutup aurat.
  • Peserta diminta membaca Surah Al-Fatihah secara terbaik bertajwid.
  • Bacaan Tajwid adalah merujuk pada bacaan Hafs 'an 'Asim
  • Penyertaan peserta hanya dibenarkan sekali sahaja pada setiap tahun.
  • Pertandingan Edisi tahun pertama bermula pada 1hb Ogos 2022 hingga 31hb Julai 2023. Semua peserta yang menang pada pertandingan mingguan akan dijemput ke Pertandingan akhir di YPEM Bukit Merah Laketown Resort. Pertandingan akhir akan dilakukan pada Bulan September 2023.
Card image cap Card image cap
PROGRAM MUSYAFAHAH & TALAQQI AL-QURAN
Projek REUNION AL-HAFIZ seluruh Malaysia & Yayasan YPEM
ProgramĀ ini adalah sesi semak bacaan al-Quran. Ia amat baik bagi masyarakat Malaysia yang mahu memeriksa dan memastikan ketepatan bacaan al-quran mereka; supaya sentiasa betul dan tepat berasaskan Qiraat Imam Hafs an Asim. Semua para al-Hafiz Malaysia mohon dan dihargai mendaftar ke Yayasan YPEM. Moga ilmu yang dianugerahkan oleh Allah SWT dapat kita kongsikan bersama dengan seluruh rakyat Malaysia yang mahu memperkemaskan bacaan mereka. Jadual Reunion al-Hafiz bersama masyarakat Malaysia akan di maklumkan. InsyaAllah bermula pada March 2023.
Card image cap Card image cap
CSR & INFAQ UNTUK SEMARAKAN ISLAM & SYURGAKAN
IBU & AYAH
Dalam hidup ini, dalam detik jantung nafas ini, dalam rezeki yang Allah kurniakan kepada kita; mari kita bergandingan tangan bersama-sama demi Islam. Kita Ehsan sesama manusia demi Islam. Allah SWT akan Ehsan kepada kita. Aamiin.
>> KLIK SLIDES: Senarai CSR & Infaq PILIHAN untuk Islam & Untuk Ibu & Ayah