PAKEJ PEWAKAF WARGA EMAS YPEM - KATEGORI EKSLUSIF

 

 

 

Perkhidmatan yang disediakan untuk pewaqaf EKSLUSIF oleh pihak Yayasan YPEM

1.   Kelas Pengajian Tajwid al-Quran oleh para Qari yang telah berjaya di peringkat Negeri, Kebangsaan & Antarabangsa.

2.   Tunjuk ajar & bimbingan Tajwid al-Quran (susulan) oleh para Ustaz secara perseorangan.

3.   Kelas tunjukajar & bimbingan menyempurnakan perkara-perkara rukun dalam rukun Islam.

4.   Mengurus urusan wuduk dan solat pada setiap waktu bagi peserta yang tidak sihat.

5.   Memohon perlindungan daripada Allah SWT secara beramai-ramai ke atas peserta yang nazak

      dengan bacaan Surah Yasin.

 

Tempat tinggal disediakan

1.    Bilik studio serba lengkap berhawa dingin.

2.    Seorang satu bilik studio @ suami Isteri satu bilik studio.

 

Bayaran

1.    Penginapan adalah di bilik studio yang diWaqafkan.

2.    Tidak ada yuran penginapan bulanan

3.    Makan & minum, bil air & Elektrik, kos pembedahan dan kos rawatan adalah di bawah

       tanggungan peserta.

4.    Kadar Waqaf adalah merujuk kedudukan Tingkat Bangunan.

 

Syarat

1.   Peserta mewaqafkan sebuah Bilik Studio kepada Yayasan YPEM.

2.   Dalam tempoh hayat pewaqaf masih ada, bilik yang diwaqaf boleh digunakan oleh pewaqaf dan siapa sahaja yang dipilih oleh pewaqaf bersyarat hanya dan hanya untuk mengikuti semua program Islam yang diuruskan oleh pihak Yayasan YPEM.

3.   Bilik studio menjadi hak milik penuh pihak pengurusan Yayasan YPEM hanya dan hanya setelah pewaqaf dijemput oleh Allah SWT. Bilik ini kemudiannya akan disewakan oleh Yayasan YPEM kepada para peserta yang tidak mampu untuk berwaqaf. Wang sewa ini akan dimanfaatkan untuk tanggungan kos peserta dan juga untuk membiayai kos-kos yang berkaitan dengan urusan program-program Islam di Yayasan YPEM.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Login form