PAKEJ PEWAKAF WARGA EMAS YPEM - KATEGORI SUPER VVIP

 

 

 

Perkhidmatan yang disediakan untuk pewaqaf oleh pihak Yayasan YPEM

1.   Kelas Pengajian Tajwid al-Quran oleh para Qari yang telah berjaya di peringkat Negeri, Kebangsaan & Antarabangsa.

2.   Tunjuk ajar & bimbingan Tajwid al-Quran (susulan) oleh para Ustaz secara perseorangan.

3.   Kelas tunjukajar & bimbingan menyempurnakan perkara-perkara rukun dalam rukun Islam.

4.   Mengurus urusan wuduk dan solat pada setiap waktu bagi peserta yang tidak sihat.

5.   Memohon perlindungan daripada Allah SWT secara beramai-ramai ke atas peserta yang nazak

      dengan bacaan Surah Yasin.

 

Tempat tinggal disediakan

1.    Penthouse 4 bilik serba lengkap berhawa dingin.

2.    Untuk 1 orang @ 2 orang (pertalian Suami Isteri).

 

Yuran

1.    Tidak ada yuran penginapan bulanan.

2.    Makan & minum, bil air & Elektrik, kos pembedahan dan kos rawatan adalah di bawah

       tanggungan peserta.

 

Syarat

1.   Peserta mewaqafkan sebuah Penthouse 4 bilik kepada Yayasan YPEM pada harga RM200,000 (perseorangan) @ RM220,000 (suami & Isteri).

2.   Dalam tempoh hayat pewaqaf masih ada, Apartment yang diwaqaf boleh digunakan oleh pewaqaf dan siapa sahaja yang dipilih oleh pewaqaf bersyarat yang dipilih adalah hanya dan hanya untuk mengikuti semua program Islam yang diuruskan oleh pihak Yayasan YPEM.

3.   Penthouse 4 bilik ini akan menjadi hak milik penuh Yayasan YPEM hanya dan hanya setelah pewaqaf dijemput oleh Allah SWT. Bilik ini kemudiannya akan disewakan oleh Yayasan YPEM kepada para peserta yang tidak mampu untuk berwaqaf. Wang sewa ini akan dimanfaatkan untuk tanggungan kos peserta dan juga untuk membiayai kos-kos yang berkaitan dengan urusan program-program Islam di Yayasan YPEM.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Login form