PERISTIWA YPEM PADA TAHUN 2017

 

 

7 Februari 2017    

Jabatan Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) meluluskan permohonan Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YPEM) untuk menggunakan perkhidmatan potongan gaji ANGKASA bagi warga pentadbiran Kementerian Pertahanan Malaysia; dan juga seluruh anggota tentera Kementerian Pertahanan Malaysia yang berhasrat ingin melakukan derma khairat atas niat kebajikan untuk Ibu dan Ayah; dalam projek-projek pembangunan dan perkembangan Islam yang ditadbir urus oleh Yayasan YPEM.

 

 

 

 

15 Februari 2017  

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia memberi kelulusan dan kebenaran kepada YPEM untuk memberi slot taklimat pendek kepada para guru di sekolah-sekolah semasa "sesi slot informasi untuk guru". Rujukan: KPM.600-10/22/6 Jld. 34 (15). Hampir semua JPN mengeluar surat kelulusan turutan setelah kekulusan KPM dirujuk.

 

 

 

22 March 2017      

Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka meluluskan kebenaran untuk potongan gaji untuk tujuan derma khairat kebajikan Ibu Ayah bagi Para Penjawat Awam yang dibawah tadbir urus kerajaan negeri Melaka. Fail Rujukan PNM(G)0062JLD36(11)

Kod kelulusan 1305

 

 

 

30 March 2017      

Sekretariat Markas Tentera Darat telah meluluskan permohonan Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YPEM) untuk memberi taklimat kesemua divisyen, Markas, Kem dan Unit-Unit Khas Tentera Darat Kementerian Pertahanan Malaysia. Isian taklimat adalah berfokaskan pada visi dan misi YPEM dalam mengerakkan perkembangan pendidikan Tahfiz Moden dan pembangunan Infrstruktur Islam di Malaysia. Taklimat juga bertujuan untuk menjemput seluruh warga Anggota Tentera Darat moga dapat bersama-sama berganding bahu membangunkan Islam. Bersama dan membantu dalam ertikata tenaga sukarelawan, dan juga sumbangan kewangan [atas niat derma khairat kebajikan untuk Ibu Ayah] secara potongan gaji ANGKASA. Fail Rujukan MK TD/G-SEK.100-3/3/2.

 

 

 

12 April 2017        

Pejabat Kewangan Negeri Negeri Sembilan meluluskan kebenaran untuk potongan gaji untuk tujuan derma khairat kebajikan Ibu Ayah bagi Para Penjawat Awam yang dibawah tadbir urus kerajaan negeri Negeri Sembilan. Fail Rujukan P.Kw.N.N/S (349) 665/6 Klt.4 (74) Kod kelulusan 5001

 

 

 

18 April 2017        

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis DiRaja Malaysia, Bukit Aman di bawah pengetahuan YDH IGP Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara. YDH Ketua Polis Negara telah memberikan persetujuan berhubung perlaksanaan program yang diusahakan oleh Yayasan YPEM.

 

Pihak Yayasan telah dibenarkan untuk berurusan secara terus dengan pihak Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM di Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Briged, Farmasi dan Ibu Pejabat Polis Daerah bagi perlaksanaan Program (berbentuk taklimat) Isian taklimat adalah berfokaskan pada visi dan misi YPEM dalam mengerakkan perkembangan pendidikan Tahfiz Moden dan pembangunan Infrstruktur Islam di Malaysia. Taklimat juga bertujuan untuk menjemput seluruh warga Anggota PDRM moga dapat bersama-sama berganding bahu membangunkan Islam. Bersama dan membantu dalam ertikata tenaga sukarelawan, dan juga sumbangan kewangan [atas niat derma khairat kebajikan untuk Ibu dan Ayah] secara potongan gaji ANGKASA. Fail Rujukan KPN (PR) 10/5/69.

 

 

 

20 April 2017        

Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman meluluskan kebenaran untuk potongan gaji untuk tujuan derma khairat kebajikan Ibu Ayah bagi Para Penjawat Awam yang dibawah tadbir urus kerajaan Negeri Kedah. Fail Rujukan PBN(K)007/1/ 2010Sj.1(59). Kod kelulusan 4067

 

 

 

2 Mei 2017   

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan (MAIPk) meluluskan sambungan kutipan Derma Khairat sejumlah RM29,932,720.00 untuk tempoh hingga 31 Disember 2017.

 

 

 

NOTA

Sekiranya Tuan/Puan berhasrat untuk menyertai program YPEM atau ingin membuat serahan Derma

Khairat adalah dihargai menghubungi Yayasan YPEM di alamat komunikasi seperti di bawah:

 

YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI MALAYSIA (YPEM)

Pejabat di No 2, Jalan Raja Chulan, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Telefon 05-7777577, 05-7777578 Fax 05-7777579

Website: ypem.asia        Email: ypem.asia@gmail.com

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Login form